Tuesday, October 23, 2012

Nervous VS tidak ku sangka


Seperti yang aku dah tau 22hb Oktober (semalam) memang ada satu perkara yang mendebarkan berlaku dalam hidup aku perkara pertama memang telah diketahui iaitu ada interview dekat tempat praktikal di mana aku turut serta sekali dalam interview tersebut.ok nak bagi tau interview apa yang aku kena ni aku tunjukan gambar sikit

ni dia suratnya

Ok dah berdasarkan gambar tersebut memang sedia maklum aku ditemuduga untuk jadi kerani tetapi hanya sekadar kontrak di tempat aku praktikal sekarang iaitu di PPK MUAR SELATAN. kisah tentang kehidupan praktikal aku akan di ceritakan pada coretan ku yang akan datang so tunggu…hehe..ok sambung balik pengalaman interview aku semalam, ku sangkakan bos sahaja yang menemuduga rupa-rupanya terdapat juga dua orang ahli jemaah pengarah iaitu En Mesbah B Yasak dan En Maskat B Othman. nervous tu perkara biasa ar kan agak terketar juga time dia orang nak tanya soalan.


Tak banyak sangat lah dia orang Tanya just seperti mengenali diri aku jer banyak,dia orang suruh perkenalkan diri study di mana n Tanya aku tak de mohon mana2 keje,praktikal berapa bulan ada yg dah tengok aku praktikal kat sini pun masih tak tau aku ni budak praktikal siap Tanya aku buat apa tadi di bahagian kewanga..agak kelakar sebab dh banyak kali mai office masih tak kenal aku ni budak praktikal..hehee.sesi interview berjalan tak berapa lama sebab hanya ikut prosuder untuk amek aku sebagai pekerja kontrak.

Ni aku cerita sebab dia orang amek aku,factor utamanya sebab kekurangan pekerja terutama di bahagian akaun sebab salah seorang staff terpaksa cuti lama disebabkan kemalangan jalan raya yang masih belum benar-benar sihat,faktor seterusnya sebab aku dah habis belajar selepas habis praktikal.apa pun aku terima jer ar sementara menunggu untuk mendapat tawaran kerja di tempat lain


Ok ni perkara kedua terjadi semalam  ada perkara paling mengejutkan kira-kira dalam jam 3.40 macam tu ar penyelia pelawat aku  Pn Siti Noor Shamila Bt Misnan call dia nk datang ke tempat praktikal suruh Tanya bos aku sama ada beliau boleh bertemu beliau atau tidak,so aku call bos n bos kata ok so aku call balik Pn Sharmila.selepas dengar perkhabran tersebut aku yang sedang buat kerja seperti gambar di bawah ni terus gabrah n nervous seyyhhh cuak pun ada..huhuhu

Ok sama buat keje tu dok fikir ar apa yg dia nk Tanya n dia nk tengok buku log or tak,kebetulan masa tu aku tengah dok sibuk menebuk baucer-baucer n resit2 untuk di masukan dalam fail mcm gambar di atas tu terus tak boleh nak buat kerja.maklumlah sape tak terkejut n nervous kan tiba-tiba penyelia pelawat nak datang dengan mengejut. Ni keje semalam aku tengah buat

konon jer melambak keje

sambil buat kerja sambil tengok masa sebab dia bagi tau dia akan sampai dalam jam 4.30 ketika dia call dia masih di Batu Pahat.akhirnya masa yang dinanti tiba namun beliau sampai lewat sedikit.so aku bawa dia naik ke atas n bawa dia bertemu dengan bos (aku saja tak bawa buku log takut dia nak tengok)…sepanjang nak naik ke atas sempat aku Tanya beliau mana beliau melawat arini n stay mana lepas melawat aku.rupa-rupanya bila di Tanya belia tinggal berhampiran tempat aku praktikal tu jer patotlah semsa dia call aku dia betol-betol tahu tempat aku praktikal dekat mana..faktor dia dtg selia aku awal sebab tkot 25 hb masing-masing sudah start cuti maklumlah 26hb dah raya haji.

Ok semasa bertemu bos,dia banyak Tanya kat bos mengenai Peladang ni macam mana, dibawah apa n dia ada bagi sehelai kertas untuk bos tanda sama ada membenarkan student bt praktikal di sini berdasarkan kos-kos yang disenaraikan.dengan aku dia just Tanya report n buku log ok or tak tu jer n dia de ar Tanya kenal tak student2 yg dia perlu selia..

Ada dalam 20 minit tu pun semua dah nak balik masa tu so dia tak terlalu lama di situ.apa pun aku berasa lega sebab segalanya berjalan lancar apa yg penting beliau tak tengok buku log aku..hehee..ok sekian sahaja coretan aku buat kali ini..salah silap n terkasar bahasa dalam penulisan aku kali ini harap diampunkan yer..heheh..sekian, Assalammualaikum…






No comments: