Monday, August 13, 2012

Ramadan bakal pergi, Syawal menjelang tiba

hari ini sudah masuk 24 Ramadan 1433 H,
sungguh pantas masa berlalu,
Ramadan kini bakal meninggalkan kita..
sudahkah kita perbanyakan amalan di bulan mulia ini??
tepuk dada tanya diri sendiri..

ramadan kali ini banyak memberi makna dan banyak limpahan rezki yang diperoleh,
ini kerana ramai yg memberi sedekah tak kira dr segi makanan dan juga barangan dapur,
terutama sekali di Peladang tempat aku praktikal serta orang kampung.

dikesempatan ini aku ingin mengucapkan kepada rakan-rakan sekalian,
satu sekolah,satu kampung dan satu universiti,

ku susun 10 jari memohon kemaafan atas kesalahan dan kehilafan diri ini,
maafkan segala kekasaran dan keegoan diri ini,
serta halalkan makan dan minum jika ada yang terambil.



.

SeLaMat Hari RaYa AiDilfiTrI, MaAf ZaHiR & BaTiN..
Semoga kalian ceria beraya disamping keluarga dan insan yang tersayang..

P/S:bagi yang hendak pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya dan main mercun tu elok2 na jgn sampai hilang jari atau tercedera anggota badan..^^