Sunday, May 11, 2014

Oh Ibu

Assalammualaikum..

Berdasarkan tajuk di atas sudah pasti kalian mengetahui apa yang ingin diceritakan.kali ini ada sedikit perkara yang ingin dikongsi. Ibu,Mama,Ummi, Emak, Bonda dan apa sahaja panggilannya yang kita panggil namun beliau merupakan orang yang bertanggungjawab yang berkorban bertarung nyawa setengah mati untuk melahirkan kita.

Perkongsianku kali ini adalah mengenai ibu yang munkin pada hari ini kebanyakkan daripada kita membuat sambutan Hari Ibu.apa pun ada yang menyatakan sebenarnya Hari Ibu ini tidak sepatutnya kita sambut kerana ianya bukan salah satu ajaran Islam.pada pendapat aku itu ada kebenarannya kerana setiap Hari merupakan Hari Ibu kerana ibu kita sentiasa ada untuk anak-anaknya tidak kira apa jua keaadaan hidupnnya,ibu juga berkorban masa dan tenaga-untuk anak-anaknya.Anak-anak tidak sepatutnya mengabaikan ibunya dan hanya kononya tiba sambutan Hari Ibu baru anak-anak ingat
dan menghargai ibu.

Di sini ada sedikit kisah mengenai diriku yang munkin tidak sama dengan kehidupan orang lain.namun aku bersyukur kerana apa yang telah ditakdirkan oleh Allah itu sebenarnya ada hikmahnya yang tersendiri. Aku
dilahirkan tanpa melihat siapa ibuku sebenarnya kerana beliau telah bertarung nyawa untuk melahirkan ku dan Takdir Allah itu pasti emak ku pergi meninggalkanku buat selamanya selepas beberapa jam aku dilahirkan. Namun aku bersyukur kerana permegian Emak aku digantikan dengan seorang Emak yang baru yang telah 
menjaga dan mendidikku seperti anaknya sendiri sejak selepas aku dilahirkan sehingga aku dewasa.beliau merupakan nenek sedara ku yang ku anggap sebagai Emak aku sendiri. 

beliaulah penjagaku


Kepada kalian yang membaca coretan di blog ku ini hargailah ibu kalian yang masih ada jagalah dia sebaiknya dan janganlah sesekali mengabaikannya. Sekiranya beliau sudah pergi meninggalkan kalian 
sentiasalah sedekahkan Al-Fatihah buat ibu kalian..sekian sahaja coretanku ini dan Al-Fatihah buat emakku Fatimah Bt Keliwon..di sini ada dendangan lagu buat daripada Tegar Rindu Ibu.hayatilah..