Assalammualaikum..
Setelah beberapa bulan tak update kini tiba
masanya untuk update cerita baru kt blog ni.walaupun seminggu dh berlalu kisah dan
pengalaman yg ingin ku kongsi bersama dengan kalian dapat dilaksanakan juga
demi untuk menambah post baru kt blog ni..hehehe
Cerita kali ini adalah berkaitan dengan
kursus yg pertama kali aku hadiri atau pergi setelah setahun berkhidmat di PPK
Muar Selatan ini.sebenarnya pemergian ku ke kursus tersebut adalah secara last
minit so aku pun pergi ar janji dapat pengalaman n sijil tu yg penting untuk
aku..ok kursus yg aku hadiri selama 2 hari 2 malam ini adalah Kursus Pengurusan
Mesyuarat dan Mentadbir Unit. Kursus ini lebih mengutamakan para ketua setiap
unit dan AJK sebenarnya berbanding untuk staf macam aku ni..
Kursus ini diadakan di LKPP Corporation
SdnBhd.kami tinggal di Agro Resort Semuji.kurusu ini diadakan pada 12 dan 13
nov 2013.kami bertolak dari pejabat jam 8.30 pagi dan sampai di Agro Resort
Semuji pada pukul 1.30 petang.sampai di sana kami makan tengah hari dan
mendengar taklimat serta cek in masuk.dalam pukul 3.30 kami mendengar taklimat
pembentangan oleh Pengurus Besar dan dalam pukul 5.00 petang kami ke ladang
ternakan lembu yang tidak jauh dari situ..
Pegi ladang Lembu
Antara lembu yang ada dan sempat tengok lembu perah susu
Pada malamnya terdapat Majlis perasmian Di
Dewan Sri Semuji oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor iaitu
En Shamoddin bin AbdHalim.pada malam itu tidak ada aktiviti lain selain
daripada perasmian.tamat saja perasmian kami bergambar beramai-ramai bersama
pengarah LPP Johor dan bersurai.
Dewan Kami Berkursus selama 2 hari
Hari kedua kursus bersambung seperti biasa
pagi itu kursus berkaitan mentadbir unit, pengurusan mesyuarat dan mencatat
minit mesyuarat.semasa dalam sesi pengursan mesyuarat dan mencatat minit
mesyuarat ini kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan ygkononya membuat
mesyuarat sendiri dan mencatat minit mesyuarat seperti yang dijelaskan sebelum
pembahagian kumpulan.setiap kumpulan dikehendaki membentangkan minit mesyuarat
masing-masing..
Petangnya pula kami mendengar ceramah
mengenai Kursus Usahawan.penceramahmenunjukan para usahawan yang berjaya yang
telah mebuat pinjaman wang melalui pihak Peladang sendiri.selain itu, pihak
NAFAS pula membentangkan Dana Peladang Kebangsaan yang baru sahaja dilaksanakan
oleh pihak NAFAS.malamnya kami mendengar ceramah Motivasi Gaya Hidup Sihat dan
membuat penutupan sepanjang 2 hari kami bersama dan input-input yg kami
perolehi.
Keesokan pagi selepas sarapan kami bertolak
ke kilang memproses keropok lekor dan keropok ikan.sempat juga ar melihat
cara-cara mereka membuat keropok lekordrp proses membuang kepala ikan ke proses
menguli, mengentel sehingga semuanya siap sedia untuk dijual..
Kilang memporses Keropok Lekor..
Kemudian kami bertolak ke Hari Peladang,
Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)
yang diadakan di perkaranga Stadium DarulMakmur.
sampai juga kat sini walaupun tak masuk..hehe
ianya sama seperti di
MAHA yang pernah aku hadiri dulu Cuma ada sedikit kelainan dan pamerannya tidak
sebanyak MAHA.macam-macam yang dapat disaksikan serta pelbagai jenis produk
tempatan yang dijual dan dipromosikan..berikut antara yang terdapat di HPPNK
jentera baru
Pameran hasil tempatan
pose sekali..hehe
Ikan Kaloi.
Selepas itu kami pulang.sekian sahaja
cerita dan pengalaman ku kali ini..ada masa nanti update cerita lain..