Wednesday, November 20, 2013

Kursus dan HPPNK


Assalammualaikum..

Setelah beberapa bulan tak update kini tiba masanya untuk update cerita baru kt blog ni.walaupun seminggu dh berlalu kisah dan pengalaman yg ingin ku kongsi bersama dengan kalian dapat dilaksanakan juga demi untuk menambah post baru kt blog ni..hehehe

Cerita kali ini adalah berkaitan dengan kursus yg pertama kali aku hadiri atau pergi setelah setahun berkhidmat di PPK Muar Selatan ini.sebenarnya pemergian ku ke kursus tersebut adalah secara last minit so aku pun pergi ar janji dapat pengalaman n sijil tu yg penting untuk aku..ok kursus yg aku hadiri selama 2 hari 2 malam ini adalah Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Mentadbir Unit. Kursus ini lebih mengutamakan para ketua setiap unit dan AJK sebenarnya berbanding untuk staf macam aku ni..

Kursus ini diadakan di LKPP Corporation SdnBhd.kami tinggal di Agro Resort Semuji.kurusu ini diadakan pada 12 dan 13 nov 2013.kami bertolak dari pejabat jam 8.30 pagi dan sampai di Agro Resort Semuji pada pukul 1.30 petang.sampai di sana kami makan tengah hari dan mendengar taklimat serta cek in masuk.dalam pukul 3.30 kami mendengar taklimat pembentangan oleh Pengurus Besar dan dalam pukul 5.00 petang kami ke ladang ternakan lembu yang tidak jauh dari situ..

Pegi ladang Lembu

Antara lembu yang ada dan sempat tengok lembu perah susu

Pada malamnya terdapat Majlis perasmian Di Dewan Sri Semuji oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor iaitu En Shamoddin bin AbdHalim.pada malam itu tidak ada aktiviti lain selain daripada perasmian.tamat saja perasmian kami bergambar beramai-ramai bersama pengarah LPP Johor dan bersurai.

Dewan Kami Berkursus selama 2 hari

Hari kedua kursus bersambung seperti biasa pagi itu kursus berkaitan mentadbir unit, pengurusan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat.semasa dalam sesi pengursan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat ini kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan ygkononya membuat mesyuarat sendiri dan mencatat minit mesyuarat seperti yang dijelaskan sebelum pembahagian kumpulan.setiap kumpulan dikehendaki membentangkan minit mesyuarat masing-masing..

Petangnya pula kami mendengar ceramah mengenai Kursus Usahawan.penceramahmenunjukan para usahawan yang berjaya yang telah mebuat pinjaman wang melalui pihak Peladang sendiri.selain itu, pihak NAFAS pula membentangkan Dana Peladang Kebangsaan yang baru sahaja dilaksanakan oleh pihak NAFAS.malamnya kami mendengar ceramah Motivasi Gaya Hidup Sihat dan membuat penutupan sepanjang 2 hari kami bersama dan input-input yg kami perolehi.

Keesokan pagi selepas sarapan kami bertolak ke kilang memproses keropok lekor dan keropok ikan.sempat juga ar melihat cara-cara mereka membuat keropok lekordrp proses membuang kepala ikan ke proses menguli, mengentel sehingga semuanya siap sedia untuk dijual..

Kilang memporses Keropok Lekor..

Kemudian kami bertolak ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)  yang diadakan di perkaranga Stadium DarulMakmur.


sampai juga kat sini walaupun tak masuk..hehe

ianya sama seperti di MAHA yang pernah aku hadiri dulu Cuma ada sedikit kelainan dan pamerannya tidak sebanyak MAHA.macam-macam yang dapat disaksikan serta pelbagai jenis produk tempatan yang dijual dan dipromosikan..berikut antara yang terdapat di HPPNK

 jentera baru

Pameran hasil tempatan

 pose sekali..hehe

Ikan Kaloi.

Selepas itu kami pulang.sekian sahaja cerita dan pengalaman ku kali ini..ada masa nanti update cerita lain..












No comments: