Saturday, October 12, 2013

Dolan-dolan


ASSALAMMUALAIKUM..

Seminggu sudah berlalu baru sempat nk update cerita baru kat blog..hehee
Kisah kali ini Pasal holiday trip minggu lepas besama rakan-rakan sekolah dulu.benda ni rancang just melalui we chat dan yg pegi aku jer sorang lelaki..hehee


Holiday selama 2 hari 1 malam yang memulakan perjalanan dr rumah lebih kurang jam 8 pagi sabtu lepas bersama seorang rakan (Lekha)dengan menaiki kereta saja ar alternatif yg dipilih setelah kawan aku tu memberanikan diri nk drive ke kulai sendiri sebab aku tak de lesen..hahahaha jujur sekali.Ok perjalanan dimulakan dengan singgah ke McD untuk bersarapan dan menemani kawan aku ni yg tak bersarapan sebelum memulakan perjalanan..


Bersatrapan di McD


my Breakfast


lepas tu meneruskan perjalanan ke kulai.so aku just jadi pemandu arah walaupun bukan pandai sangat sampai ke Ayer Hitam kami menggunakan jalan lebuh raya dan keluar ke Sedenak.just berdasarkan arahan drp we chat kawan kami menuju ke kulai ke Taman Scientex namun sampai saja di sana kami telah menerima arahan yg silap drp kawan kami (Syakila @ Kak Lala)  tu.terpaksa call n bertanya byk kali..hehe

Selepas amek kawan kami, kami teruskan perjalanan mengikut kawan kami yg hendak mengambil barangsebenanrnya.rupanyank ambil kek surprise untuk kawan aku si Lekha ni kononya terus xsurprise..hahaa..kami teruskan perjalanan keUlu tiram untuk check in hotel Alhamdulillah ar dpt hotel yg murah kt situ.namun kak Lala n Lekha stay kt homestay berhampiran yg selalu Kak Lala stay..


Selepas tu kami memulakan perjalanan ke  Teluk Sengat untuk mencari makanan kononya nk makan belangkas tp sayangnya kedai tu tak buka so kami teruskan perjalanan ke kawasan Teluk Sengat untuk menikmati makanan tengah hari walaupun ia dh pun petang..hehee..Selepas makan ambekgmabar sat

View yg telah di edit kt Teluk Sengat tu bukan Jambatan Penang k..hehee


air tengah surut ketika ni..

kami teruskan perjalanan ke Tanjung Balau dan rakan kami (Muhaini) dan rakan-rakanya telah pun sampai di sana.kebetulan masa ke sana sudah jam 5 lebih jadi cuaca tidak begitu panas terik dan kebetulan cuaca agak baik pada ketika itu.sampai saja di sana kami mencari port dan sambil tu mencari si Muhaini.aku dan Lekha berjalan ke pantai mencari Muhaini sambil-sambil main air dalam mencari tu sempt juga snap2 gambar dan melihat telatah mereka yg ada di situ n cuci mata ler sekali..heheee..cari punya cari akhirnya jumpa.mankala si kak Lala dok jaga barang kami kononya mahu study de kuiz on9 pda malam tu..dh jumpa Muhaini kami pun terus membasahkan diri air main air lerp e lagi..heheee


Antara pemandangan yg menarik di sana

Bertenggek di batu kononya.



Masa hampir senja dan kami bersiap2 mandi dan sebelum bertolak dari Tanjung Balau Kami sambut ar birthday girl Lekha n Kak Lala yg katanya jatuh pada bulan ni.kek coklat yg di beli oleh Kak Lala tu sangat sedap dan tahan tidak cair sampai ke Maghrib n masa kami nk potong.kek tu memang terbaik n sedap boleh bg 5 bintang ar..heheee

Ni lah kek coklat tu..terluir tak tengok??hehe

Malam tu lepas balik dr tanjung balau mandi2 beli makanan dan terus ke office kak lala untuk temankankak lala jawab test online..lepas habis dia jawab test online kami p tengok midnight movie pulak.tengok cita Bencinta.kusangkakan akan terlelap tgk cite tu rupanya tak.apa pun not bad ar cite tu.Cuma ada part yg mcm tergantung sikit..

Midnight Movie "Bencinta"

Keesokan kami meneruskan Plan B yg dirancang oleh Kak Lala n Lekha untuk mandi-manda di kawasan air terjun Gunung Pulai.sanggup naik sampai ke atas ar juga..tp memang seronok ar dapat mandi situ sampai2 tergelincir..hehe.apa pun seronok tengok air mengalir.lama sungguh tak madi di kawasan air terjun.kira terubat juga ar..hehehe


 keindahan air terjun Gunung Pulai

Bajet dalam sangat ar tu..hehee


Kisah ku berakhir di sini dan semasa dalam perjalanan pulang dr Kulai ke rumah nampak ar konvoi vespayg pulang dr mana kami tak tau sempat ar snap gmbr motor2 vespa yg menarik


Cantikan vespa ni..

Minta maaf kepada pembaca blog ni ada sebab tertentu gambar-gambar rakan yg pergi sekali tak dimauksan di sini...Sekian sahaja cerita ku kali ini.ada salah silap termerapu lebih tu harap maaf yer.hehee


No comments: