Monday, December 2, 2013

Hari Jubah KU

Assalammualaikum

Syukur Alhamdulillah semalam 01.12.13 merupakan salah satu hari bersejarah dalam hidup ku.setelah hampir satu tahun lebih menunggu akhirnya aku bergelar seorang Siswazah.ok itulah cerita yang ingin aku kongsikan kepada kalian semua pada kali ini.

Hari bersejarah yang ditunggu-tunggu menjelang tiba dan rasa berdebar-debar sekali.maklumlah pertama kali dalam hidup.macam-macam peristiwa yang berlaku dalam hari tersebut.namun munkin aku tak cuba untuk menceritakannya di sini..

Hari bersejarah ku seperti yang diberi tahu tadi jatuh pada 01.12.13 yang nampak menarik sekali bila melihat pada angka tersebutkn..hehee..ok penyampaian ijazah bagi kos aku adalah sebelah petang yang merupakan sesi ke-4.kami berkumpul di dewan TSO pada jam 1.30 untuk menerima taklimat..



 rakan-rakan satu kos

 nampakan kegembiraan kami

semasa hendak menuju ke Dewan MAS

berdebar-debar itu memang menjadi kebiasaan.semasa di dewan MAS kami merupakan kos terakhir menerima Ijazah.memang gelisah jer ar duduk tak sampai turn.namun pada sesi kami ada styudent dari UUM KL turut serta terutamanya kos Komunikasi yang terdiri daripada kalangan artis.Antaranya Zehra Zambri Neves Preety Ugly (Razihan) Diddy dan Shiela Abdullah.

Zehra Zambri Dan Didie membuat persembahan pada hari tesebut.pada hari tu aku menerima Ijazah daripada Pro Canselor Tun Dato' Sri  (Dr.) Ahmad Fairuz Dato' Sheikh Abdul Halim.memang berdebar dan terketar-ketar juga ar masa naik ke pentas tu yang penting masa tu aku fokus ke depan jer..hehee

Majlis berakhir sekitar jam 6.00 petang.selesai jer majlis aku mencari keluarga ku terlebih dahulu sampai letih mencari dan sempat juga bergambar dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.malam tu juga sempat bergambar lagi dengan pakaian jubah..hehe

Aku pada hari itu.ada juga bunga..hehe

Familyku pelengkap hari itu,terharu bila neneku ada sekali

apa pun pengalaman ini merupakan suatu yang tak munkin dapat aku lupakan disepanjang hidupku ini.terima kasih diucapkan kepada adik-beradik sedara mara atuk ku dan juga raka-rakan seperjuangan.

sekian sahaja coretan ku kali ini..Assalammualaikum

Wednesday, November 20, 2013

Kursus dan HPPNK


Assalammualaikum..

Setelah beberapa bulan tak update kini tiba masanya untuk update cerita baru kt blog ni.walaupun seminggu dh berlalu kisah dan pengalaman yg ingin ku kongsi bersama dengan kalian dapat dilaksanakan juga demi untuk menambah post baru kt blog ni..hehehe

Cerita kali ini adalah berkaitan dengan kursus yg pertama kali aku hadiri atau pergi setelah setahun berkhidmat di PPK Muar Selatan ini.sebenarnya pemergian ku ke kursus tersebut adalah secara last minit so aku pun pergi ar janji dapat pengalaman n sijil tu yg penting untuk aku..ok kursus yg aku hadiri selama 2 hari 2 malam ini adalah Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Mentadbir Unit. Kursus ini lebih mengutamakan para ketua setiap unit dan AJK sebenarnya berbanding untuk staf macam aku ni..

Kursus ini diadakan di LKPP Corporation SdnBhd.kami tinggal di Agro Resort Semuji.kurusu ini diadakan pada 12 dan 13 nov 2013.kami bertolak dari pejabat jam 8.30 pagi dan sampai di Agro Resort Semuji pada pukul 1.30 petang.sampai di sana kami makan tengah hari dan mendengar taklimat serta cek in masuk.dalam pukul 3.30 kami mendengar taklimat pembentangan oleh Pengurus Besar dan dalam pukul 5.00 petang kami ke ladang ternakan lembu yang tidak jauh dari situ..

Pegi ladang Lembu

Antara lembu yang ada dan sempat tengok lembu perah susu

Pada malamnya terdapat Majlis perasmian Di Dewan Sri Semuji oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor iaitu En Shamoddin bin AbdHalim.pada malam itu tidak ada aktiviti lain selain daripada perasmian.tamat saja perasmian kami bergambar beramai-ramai bersama pengarah LPP Johor dan bersurai.

Dewan Kami Berkursus selama 2 hari

Hari kedua kursus bersambung seperti biasa pagi itu kursus berkaitan mentadbir unit, pengurusan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat.semasa dalam sesi pengursan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat ini kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan ygkononya membuat mesyuarat sendiri dan mencatat minit mesyuarat seperti yang dijelaskan sebelum pembahagian kumpulan.setiap kumpulan dikehendaki membentangkan minit mesyuarat masing-masing..

Petangnya pula kami mendengar ceramah mengenai Kursus Usahawan.penceramahmenunjukan para usahawan yang berjaya yang telah mebuat pinjaman wang melalui pihak Peladang sendiri.selain itu, pihak NAFAS pula membentangkan Dana Peladang Kebangsaan yang baru sahaja dilaksanakan oleh pihak NAFAS.malamnya kami mendengar ceramah Motivasi Gaya Hidup Sihat dan membuat penutupan sepanjang 2 hari kami bersama dan input-input yg kami perolehi.

Keesokan pagi selepas sarapan kami bertolak ke kilang memproses keropok lekor dan keropok ikan.sempat juga ar melihat cara-cara mereka membuat keropok lekordrp proses membuang kepala ikan ke proses menguli, mengentel sehingga semuanya siap sedia untuk dijual..

Kilang memporses Keropok Lekor..

Kemudian kami bertolak ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)  yang diadakan di perkaranga Stadium DarulMakmur.


sampai juga kat sini walaupun tak masuk..hehe

ianya sama seperti di MAHA yang pernah aku hadiri dulu Cuma ada sedikit kelainan dan pamerannya tidak sebanyak MAHA.macam-macam yang dapat disaksikan serta pelbagai jenis produk tempatan yang dijual dan dipromosikan..berikut antara yang terdapat di HPPNK

 jentera baru

Pameran hasil tempatan

 pose sekali..hehe

Ikan Kaloi.

Selepas itu kami pulang.sekian sahaja cerita dan pengalaman ku kali ini..ada masa nanti update cerita lain..












Saturday, October 12, 2013

Dolan-dolan


ASSALAMMUALAIKUM..

Seminggu sudah berlalu baru sempat nk update cerita baru kat blog..hehee
Kisah kali ini Pasal holiday trip minggu lepas besama rakan-rakan sekolah dulu.benda ni rancang just melalui we chat dan yg pegi aku jer sorang lelaki..hehee


Holiday selama 2 hari 1 malam yang memulakan perjalanan dr rumah lebih kurang jam 8 pagi sabtu lepas bersama seorang rakan (Lekha)dengan menaiki kereta saja ar alternatif yg dipilih setelah kawan aku tu memberanikan diri nk drive ke kulai sendiri sebab aku tak de lesen..hahahaha jujur sekali.Ok perjalanan dimulakan dengan singgah ke McD untuk bersarapan dan menemani kawan aku ni yg tak bersarapan sebelum memulakan perjalanan..


Bersatrapan di McD


my Breakfast


lepas tu meneruskan perjalanan ke kulai.so aku just jadi pemandu arah walaupun bukan pandai sangat sampai ke Ayer Hitam kami menggunakan jalan lebuh raya dan keluar ke Sedenak.just berdasarkan arahan drp we chat kawan kami menuju ke kulai ke Taman Scientex namun sampai saja di sana kami telah menerima arahan yg silap drp kawan kami (Syakila @ Kak Lala)  tu.terpaksa call n bertanya byk kali..hehe

Selepas amek kawan kami, kami teruskan perjalanan mengikut kawan kami yg hendak mengambil barangsebenanrnya.rupanyank ambil kek surprise untuk kawan aku si Lekha ni kononya terus xsurprise..hahaa..kami teruskan perjalanan keUlu tiram untuk check in hotel Alhamdulillah ar dpt hotel yg murah kt situ.namun kak Lala n Lekha stay kt homestay berhampiran yg selalu Kak Lala stay..


Selepas tu kami memulakan perjalanan ke  Teluk Sengat untuk mencari makanan kononya nk makan belangkas tp sayangnya kedai tu tak buka so kami teruskan perjalanan ke kawasan Teluk Sengat untuk menikmati makanan tengah hari walaupun ia dh pun petang..hehee..Selepas makan ambekgmabar sat

View yg telah di edit kt Teluk Sengat tu bukan Jambatan Penang k..hehee


air tengah surut ketika ni..

kami teruskan perjalanan ke Tanjung Balau dan rakan kami (Muhaini) dan rakan-rakanya telah pun sampai di sana.kebetulan masa ke sana sudah jam 5 lebih jadi cuaca tidak begitu panas terik dan kebetulan cuaca agak baik pada ketika itu.sampai saja di sana kami mencari port dan sambil tu mencari si Muhaini.aku dan Lekha berjalan ke pantai mencari Muhaini sambil-sambil main air dalam mencari tu sempt juga snap2 gambar dan melihat telatah mereka yg ada di situ n cuci mata ler sekali..heheee..cari punya cari akhirnya jumpa.mankala si kak Lala dok jaga barang kami kononya mahu study de kuiz on9 pda malam tu..dh jumpa Muhaini kami pun terus membasahkan diri air main air lerp e lagi..heheee


Antara pemandangan yg menarik di sana

Bertenggek di batu kononya.



Masa hampir senja dan kami bersiap2 mandi dan sebelum bertolak dari Tanjung Balau Kami sambut ar birthday girl Lekha n Kak Lala yg katanya jatuh pada bulan ni.kek coklat yg di beli oleh Kak Lala tu sangat sedap dan tahan tidak cair sampai ke Maghrib n masa kami nk potong.kek tu memang terbaik n sedap boleh bg 5 bintang ar..heheee

Ni lah kek coklat tu..terluir tak tengok??hehe

Malam tu lepas balik dr tanjung balau mandi2 beli makanan dan terus ke office kak lala untuk temankankak lala jawab test online..lepas habis dia jawab test online kami p tengok midnight movie pulak.tengok cita Bencinta.kusangkakan akan terlelap tgk cite tu rupanya tak.apa pun not bad ar cite tu.Cuma ada part yg mcm tergantung sikit..

Midnight Movie "Bencinta"

Keesokan kami meneruskan Plan B yg dirancang oleh Kak Lala n Lekha untuk mandi-manda di kawasan air terjun Gunung Pulai.sanggup naik sampai ke atas ar juga..tp memang seronok ar dapat mandi situ sampai2 tergelincir..hehe.apa pun seronok tengok air mengalir.lama sungguh tak madi di kawasan air terjun.kira terubat juga ar..hehehe


 keindahan air terjun Gunung Pulai

Bajet dalam sangat ar tu..hehee


Kisah ku berakhir di sini dan semasa dalam perjalanan pulang dr Kulai ke rumah nampak ar konvoi vespayg pulang dr mana kami tak tau sempat ar snap gmbr motor2 vespa yg menarik


Cantikan vespa ni..

Minta maaf kepada pembaca blog ni ada sebab tertentu gambar-gambar rakan yg pergi sekali tak dimauksan di sini...Sekian sahaja cerita ku kali ini.ada salah silap termerapu lebih tu harap maaf yer.hehee


Wednesday, August 28, 2013

Birthday Mak

Assalammualaikum..hari ni just nak share tentang birthday mak yang sebenarnya benda ni tak di plan just secara on the spot jer.kira kejutan ar namanya ni.hehee..kami sambut 2 hari awal (26.08.2013) dari tarikh sebenar.tahun ni tak de lagi bithday sambut dengan makan kek kecuali mak.apa pun just happy dapat makan kek..hehehehe

kek buat Mak

Hari ini tanggal 28.08.2013 genaplah usianya yang ke 66 tahun.syukur kerna beliau masih lagi diberi peluang bernafas dan bernyawa semoga beliau dilanjutkan usia..beliau adalah mak a.k.a orang yang menjaga aku sejak aku dilahirkan yg aku gelar Mak Nenek masa sekolah rendah dulu..hehee

mereka hanya sekadar interframe..hehe

apa pun doakan Mak dilanjutkan usia dan aku dapat jalankan tanggungjawab yang masih belum terlaksankan lagi untuknya..sekian Wassalam..

Saturday, August 17, 2013

HARI-HARI HARI RAYA


Assalammualaikum.ada yang rindu tak kat tuan blog ni??hehee....Lama betol blog ni tak diupdate sampai dah berabuk berdebu semua de..hahahaa.Rasanya ni update pun sbb ada cerita nak di sharekan.

Cerita kali ini berkaitan dengan kehadiran syawal yang telah beberapa hari kita umat Islam menyambutnya.ok dimulakan cerita dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ku ini terutamanya..

Seperti biasa menejlang raya persiapan raya perlu dilengkapkan terutama langsir alas kusyen dan kuih-kuih.tapi secara sederhana saja..malam raya macam biasa ar dok sibuk main mercun dengan bebudak ni..tahun ni tak over sangat main mercun maklumlah usia dh meningkat..huhu

 menjadi kewajipan menjelang syawal pasang pelita

 tema rumah kami tahun ni hijau

main mercun merdeka 25 das jer.hehee


Kehadiran syawal  tahun ini disambut secara sederhana seperti biasa.hari raya pertama seperti biasa selepas solat Aidilfitri akan  ke pusara kedua-dua ibu bapa ku dan pulang ke rumah tunggu tetamu datang.biasanya raya pertama adik-beradik aku akan datang Cuma tahun ni kebanyakan mereka tak beraya di sini sebab tahun lepas dh beraya so masing-masing beraya di rumah mertua.raya pertama Cuma abang ku yang sulung dan keluarga ygdatang.menjadi kebiasaan raya pertama beraya di rumah nenek @ atok..

Raya pertama before ke rumah Nenek baju raya tahun ni

Pada hari raya kedua dan ketiga menjadi rutin atau kewajipan  bagi masyarakat di kampung aku iaitu belia atau pemuda akan mengadakan baraan @ marhaban.hari pertama baraan bermula rumah pak imam surau dan kemudian teruskan ke rumah-rumah orang kampung.tahun ni baraan bermula dari baroh iaitu kawasan kumpulan yasinan dan hari kedua berjalan seperti biasa ke rumah pak imam masjid.menjadi kebiasaan apabila pegibaraan tak perlu makan di rumah..heheehe..namun tahun ni tak dapat ikut marhaban bujang sampai habis.

Budak-budak Baraan Bujang

Sebabnya baru masuk rumah ke-3 hari kedua kawan dah sibuk call nak datang rumah dan dia orang ajak beraya.mula-mula ke rumah membekatpt tengah tak ada rumah.sebelumnkpegi call tak angkat kami terjah jer rupanya dia tak de.lepas tu ke rumah kawan ktpt masjid ada lah sedikit jamuan sbb rumahnya pun baru lepas naik baraan.bual punya bual sampai ler tertimbul seorang drp rakan kami nak ke bandar tengok wayang.ha memang tak pernah raya-raya pegi tengok wayang kira sejarah dalam diri ini..hehee.hajatnya seorang membe tu nak tengol cite R.I.P.D tp cite tu tak de kt MBO BP Mall cite tu tayang kt MBO Square One dah berbelah bagi sampai de yg dh cancel beli pop corn last2 beli lagi.


The Conjuring



Ragam kami beraya dan menunggu masuk panggung

Apa pun cite The Conjuring not bad ar seram juga sampai de mencampakkan pop corn kt orang lain  nasib tak habis semuanya berterabur..hehehehee

Malam tu pulak pergi beraya rumah sedara bersama nenek dan keluarga sepupu kt Pt Hj Anuar.sempat pegi dua buah rumah jer.sampai sana dapat makan nasi dan asam pedas..heheehe.sebelum pegi snap gambar dulu..

Serba hijau ikut tema rumah.ada nampak jiwa kebapaan tak??hehe

Raya ke empat duduk rumah sebab memang tak de pelan nk ke mana lagi pun haritu rumah pun naik baraan orang perempuan.petang tu tiba-tiba ada dua buah kereta masuk ku ingatkan sedara jauh datang rupanya membe 1 sekolahadatang.tapi memang hari tu ramai juga armembe sekolah datang sampai ke maghrib.apa pun syukur dapat berjumpa dengan mereka walaupun tak sempat ke rumah mereka..hehehe..terasa pulak diri ini diingati sebab mereka semua sudi datang ke rumah aku..ceeaaahhhh

Kawan-kawan form 5 datang rumah

Selain itu,baraan kumpulan yasinan pun join juga sampai habis tahun ni.selama 3 malam dan 1 malam ke rumah ketua kampung,imam surau dan masjid sekali.

suasana baraan malam akhir.

Rasanya ini sahaja coretan yang aku ingin sharekan kepada kalian semua buat masa ni.kalau ikutkan panjang lagi hendak diceritakan tapi nanti takot ada yang Tak terbaca n jemu pulak..hehee..apa pun yang kurang daripada diri ini.selamat membaca dan mohon maaf andai ada kekurangan dalam penulisan ku ini k..SELAMAT HARI RAYA diharapkan semua bergembira di hari raya ini..sekian,Wassalam..








Saturday, January 5, 2013

Meningkat Seusia Lagi


Alhamdulillah usia ku genap  24 tahun semalam 4 Januari 2013 dan Al-fatihah buat bondaku yg seusia dgn ku pemergian beliau..syukur kerana ku masih diberi peluang berpijak di bumi Allah ini.sebelum tu nak ceritakan birthday Hafiq 1 Januari aritu yang ke 9.sekejap jer dh 9 tahun umor dia ni.

ni lah Hafiq Hashim

Masa birthday Hafiq kebetulan ayahnya bawa balik Hamper konon-konon sebagai hadiah birthday dia ar.kira surprise masa ayahnya balik rumah dia tak de sebab kena pegi sekolah..

hadiah surpirse buat Hafiq

tahun ni tak sama seperti tahun lepas,sebab tahun ni tak de kek mcam tahun lepas..hehe.apa pun tak kisah usia dh meningkat ni tak kisah fasal sambutan birthday ni.apa pun tahun ni alku saja hidekn birthday aku kt fb.Cuma malam tadi jer saja nkpostkan status fasal birthday.xsangka de gak yg wish..hehe…apa pun selalunya kalau kita orang ada benda baik yang berlaku dalam family kami bt bubur putih bubur merah tu pun dh memadai.

Bubur putih,bubur merah hari ni punya

Apa pun terima kasih buat kenkawanyg sudi wish yg ingat siap call n message,walaupunxde seramai seperti tahun-tahun yg lepas..hehe..sekian coretan ku untuk kali ini..