Wednesday, April 16, 2014

Kisah Ahmad Ammar

Assalammualaikum..

rasanya agak berbulan juga tidak update blog ini sebab tak ada benda nak share kat korang semua..hehee 
Ada cerita baru ar nak update.kali ini cerita aku mengenai koleksi buku terbaru yang aku beli iaitu "Cerita Cinta Ahmad Ammar".buat pertama kali mengetahui adanya keluaran buku ini aku amat teruja untuk memilikinya.walaupun munkin agak lewat berbanding teman-teman yang lain yang sudah memilikinya.kisah beliau sudah terlebih dahulu melalui lamanlaman sosial sejak pemergian beliau.namun tidak lama kemudian buku ini diterpitkan.



Buku ini juga merupakan buku yang paling cepat aku baca dan habis membacanya iaitu dalam masa lebih kurang 9 hari sahaja sejak dari hari pertama ku beli.ianya mengisahkan kisah hidup Ahmad Ammar yang merupakan seorang pemuda yang tidak dikenali semasa hayatnya namun ianya dikenali ketika beliau sudah tiada yang telah memberi impak yang besar kepada para pemuda terutamanya umat Islam di akhir zaman ini.

pada pendapat aku  buku ini amat baik untuk kita miliki kerana ianya memberi input positif kepada kita semua terutamanya umat Islam.setiap bab yang aku baca sungguh menyayat hati dan amat ku kagumi sifat peribadinya.Beliau telah diberi didikan yang sempurna sejak dari kecil lagi  beliau merupakan pelajar kedua terbaik di Maktab Tentera Diraja semasa SPM.dan menyambung pelajaranya ke Turki dalam bidang Sejarah kerana ingin mengkaji sejarah Sultan Muhammad Al-fatih.

namun aku sangat suka akan sifatnya yang pendiam dan sangat mementingkamn pun aku tidak mampu menandingi sifat beliau..aku yang lebih berusia daripada beliau tidak mampu untuk menandingi  dirinya yang memiliki ilmu yang begitu mendalam.namun pemergian beliau ditangisi dan dikagumi oleh masyarakat Turki dan sekalian umat Islam diseluruh dunia.belaiu telah disemadikan bersama makam  sahabat Nabi Abu Ayub.semoga kisah hidup beliau menjadi tauladan buat kita semua. 

sampai di sini sahaja ringkasan yang dapat ku berikan.andai ada tersilap andai ada yang tersilap ku mohon maaf..di sini aku sharekan video Ahmad Ammar yang diambil di youtube.semoga beliau tenang DI SANA dan bertemu dengan Bidadari syurga. Al-Fatihah buat mu Ahmad Ammar..