Monday, December 2, 2013

Hari Jubah KU

Assalammualaikum

Syukur Alhamdulillah semalam 01.12.13 merupakan salah satu hari bersejarah dalam hidup ku.setelah hampir satu tahun lebih menunggu akhirnya aku bergelar seorang Siswazah.ok itulah cerita yang ingin aku kongsikan kepada kalian semua pada kali ini.

Hari bersejarah yang ditunggu-tunggu menjelang tiba dan rasa berdebar-debar sekali.maklumlah pertama kali dalam hidup.macam-macam peristiwa yang berlaku dalam hari tersebut.namun munkin aku tak cuba untuk menceritakannya di sini..

Hari bersejarah ku seperti yang diberi tahu tadi jatuh pada 01.12.13 yang nampak menarik sekali bila melihat pada angka tersebutkn..hehee..ok penyampaian ijazah bagi kos aku adalah sebelah petang yang merupakan sesi ke-4.kami berkumpul di dewan TSO pada jam 1.30 untuk menerima taklimat..



 rakan-rakan satu kos

 nampakan kegembiraan kami

semasa hendak menuju ke Dewan MAS

berdebar-debar itu memang menjadi kebiasaan.semasa di dewan MAS kami merupakan kos terakhir menerima Ijazah.memang gelisah jer ar duduk tak sampai turn.namun pada sesi kami ada styudent dari UUM KL turut serta terutamanya kos Komunikasi yang terdiri daripada kalangan artis.Antaranya Zehra Zambri Neves Preety Ugly (Razihan) Diddy dan Shiela Abdullah.

Zehra Zambri Dan Didie membuat persembahan pada hari tesebut.pada hari tu aku menerima Ijazah daripada Pro Canselor Tun Dato' Sri  (Dr.) Ahmad Fairuz Dato' Sheikh Abdul Halim.memang berdebar dan terketar-ketar juga ar masa naik ke pentas tu yang penting masa tu aku fokus ke depan jer..hehee

Majlis berakhir sekitar jam 6.00 petang.selesai jer majlis aku mencari keluarga ku terlebih dahulu sampai letih mencari dan sempat juga bergambar dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.malam tu juga sempat bergambar lagi dengan pakaian jubah..hehe

Aku pada hari itu.ada juga bunga..hehe

Familyku pelengkap hari itu,terharu bila neneku ada sekali

apa pun pengalaman ini merupakan suatu yang tak munkin dapat aku lupakan disepanjang hidupku ini.terima kasih diucapkan kepada adik-beradik sedara mara atuk ku dan juga raka-rakan seperjuangan.

sekian sahaja coretan ku kali ini..Assalammualaikum