Kali ini nk update blog lagi mengenai apa yang aku dapat
dekat tempat praktikal aku,bukan nk cerita mengenai pengalaman yang aku
dapat tu kt tempt aku praktikal ni.aku akan ceritakan untuk coretan yang akan datang..hehee..sebenarnya apa yang
aku dapat ni adalah merupakan barang-barang yang aku perolehi semasa membuat latihan praktikum di PPK Muar Selatan ini.
tempat praktikal aku
Mula-mula barang yang aku perolehi ketika puasa.masa puasa
memang banyak habuan @ rezeki yang aku perolehi terutama dari segi makanan dan
bahan mentah untuk raya.rezki paling banyak sekali dapat masa puasa kurma
sampai 3, 4 kotsk..tapi ada perkara paling best sekali aku dapat iaitu
ketupat.kalau dekat Johor ni selalu orang panggil munjungan atau dikenali bagi
sedekah makanan (apa yg aku faham sendiri).tak sangka boleh dapat munjungan
dekat Peladang ni.apa pun rezki jangan ditolak kan.
Ni lah di namakan munjungan yang ada ketupat tu.
Selain itu,macam-macam makanan yang aku dapat nak2 lepas
raya kuih raya jamuan raya pun disambut dengan meriah dengan pelbagai jenis
makanan seperti satay,roti jala,sup daging ketupat,lodeh dan macam-macam
lagi.terasa pegi praktikal makan jer kejenya sebab makanan memang banyak ar
nak2 time ada mesyuarat memang syok ar dapat makan nasi ayam,mee hun sup
tulang,kuih-muih.boleh nak dikatakan setiap hari ada jer makanan n orang yang
bermurah hati belanja makanan.hehee.kadang-kadang ada makanan lebih pun boleh
bawa balik.ada juga yang dia orang tak nak bawa aku yang kena bawa..banyak syok
dapat bawa balik makanan..hehe
Nasi ayam
sedap ayam ni kalah dgn yg kt Kachi Mall siap bt ratah
Mereka-mereka dekat sini pun tidak kedekut terutamanya kalau
pegi kursus luar sanggup membeli barangan untuk kami.memang terharu bila dapat
barang-barang daripada dia orang barangan pertama dapat iaitu butang baju.agak
dah terlambat bagi sebab dah lepas raya apa pun boleh guna untuk raya haji n
raya akan datang.butang baju ni di datangkan kgas dari Sabah bah..hehee..ada
dua orang yang memberinya sebab dua orang yang kena pegi ke Sabah bah iaitu En
Azizul B Ahmad Timbalan dekat PPK Muar Selatan dan En Hairuddin B Satimon,
Juruwang.
yang ini dari En Azizul
ni dari En Din
Ada benda lain yang aku dapat selain ni, iaitu mug daripada
PPK Muar Selatan meh aku tunjuk
cantik kan..
Benda last sekali aku dapat beg Lembaga Pertubuhan Peladang
ni,biasa ar ada lebih-lebih bagi kat aku..hehe
cantikan boleh bt beg laptop lepas ni..
Sampai di sini sahaja coretan yang ingin dikongsikan
bersama.harap sudi-sudikan diri untuk membaca coretan aku yang lain selepas ini..sekian,
Assalammualaikum…