Wednesday, October 24, 2012

Apa yang aku Dapat

Kali ini nk update blog lagi mengenai apa yang aku dapat dekat tempat praktikal aku,bukan nk cerita mengenai pengalaman yang aku dapat tu kt tempt aku praktikal ni.aku akan ceritakan untuk coretan yang akan datang..hehee..sebenarnya apa yang aku dapat ni adalah merupakan barang-barang yang aku perolehi semasa membuat latihan praktikum di PPK Muar Selatan ini.

tempat praktikal aku

Mula-mula barang yang aku perolehi ketika puasa.masa puasa memang banyak habuan @ rezeki yang aku perolehi terutama dari segi makanan dan bahan mentah untuk raya.rezki paling banyak sekali dapat masa puasa kurma sampai 3, 4 kotsk..tapi ada perkara paling best sekali aku dapat iaitu ketupat.kalau dekat Johor ni selalu orang panggil munjungan atau dikenali bagi sedekah makanan (apa yg aku faham sendiri).tak sangka boleh dapat munjungan dekat Peladang ni.apa pun rezki jangan ditolak kan.


Ni lah di namakan munjungan yang ada ketupat tu.

Selain itu,macam-macam makanan yang aku dapat nak2 lepas raya kuih raya jamuan raya pun disambut dengan meriah dengan pelbagai jenis makanan seperti satay,roti jala,sup daging ketupat,lodeh dan macam-macam lagi.terasa pegi praktikal makan jer kejenya sebab makanan memang banyak ar nak2 time ada mesyuarat memang syok ar dapat makan nasi ayam,mee hun sup tulang,kuih-muih.boleh nak dikatakan setiap hari ada jer makanan n orang yang bermurah hati belanja makanan.hehee.kadang-kadang ada makanan lebih pun boleh bawa balik.ada juga yang dia orang tak nak bawa aku yang kena bawa..banyak syok dapat bawa balik makanan..hehe


Nasi ayam 

sedap ayam ni kalah dgn yg kt Kachi Mall siap bt ratah


Mereka-mereka dekat sini pun tidak kedekut terutamanya kalau pegi kursus luar sanggup membeli barangan untuk kami.memang terharu bila dapat barang-barang daripada dia orang barangan pertama dapat iaitu butang baju.agak dah terlambat bagi sebab dah lepas raya apa pun boleh guna untuk raya haji n raya akan datang.butang baju ni di datangkan kgas dari Sabah bah..hehee..ada dua orang yang memberinya sebab dua orang yang kena pegi ke Sabah bah iaitu En Azizul B Ahmad Timbalan dekat PPK Muar Selatan dan En Hairuddin B Satimon, Juruwang.


yang ini dari En Azizul

ni dari En Din


Ada benda lain yang aku dapat selain ni, iaitu mug daripada PPK Muar Selatan  meh aku tunjuk

cantik kan..



Benda last sekali aku dapat beg Lembaga Pertubuhan Peladang ni,biasa ar ada lebih-lebih bagi kat aku..hehe


cantikan boleh bt beg laptop lepas ni..

Sampai di sini sahaja coretan yang ingin dikongsikan bersama.harap sudi-sudikan diri untuk membaca coretan aku yang lain selepas ini..sekian, Assalammualaikum…



No comments: