Saturday, August 17, 2013

HARI-HARI HARI RAYA


Assalammualaikum.ada yang rindu tak kat tuan blog ni??hehee....Lama betol blog ni tak diupdate sampai dah berabuk berdebu semua de..hahahaa.Rasanya ni update pun sbb ada cerita nak di sharekan.

Cerita kali ini berkaitan dengan kehadiran syawal yang telah beberapa hari kita umat Islam menyambutnya.ok dimulakan cerita dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ku ini terutamanya..

Seperti biasa menejlang raya persiapan raya perlu dilengkapkan terutama langsir alas kusyen dan kuih-kuih.tapi secara sederhana saja..malam raya macam biasa ar dok sibuk main mercun dengan bebudak ni..tahun ni tak over sangat main mercun maklumlah usia dh meningkat..huhu

 menjadi kewajipan menjelang syawal pasang pelita

 tema rumah kami tahun ni hijau

main mercun merdeka 25 das jer.hehee


Kehadiran syawal  tahun ini disambut secara sederhana seperti biasa.hari raya pertama seperti biasa selepas solat Aidilfitri akan  ke pusara kedua-dua ibu bapa ku dan pulang ke rumah tunggu tetamu datang.biasanya raya pertama adik-beradik aku akan datang Cuma tahun ni kebanyakan mereka tak beraya di sini sebab tahun lepas dh beraya so masing-masing beraya di rumah mertua.raya pertama Cuma abang ku yang sulung dan keluarga ygdatang.menjadi kebiasaan raya pertama beraya di rumah nenek @ atok..

Raya pertama before ke rumah Nenek baju raya tahun ni

Pada hari raya kedua dan ketiga menjadi rutin atau kewajipan  bagi masyarakat di kampung aku iaitu belia atau pemuda akan mengadakan baraan @ marhaban.hari pertama baraan bermula rumah pak imam surau dan kemudian teruskan ke rumah-rumah orang kampung.tahun ni baraan bermula dari baroh iaitu kawasan kumpulan yasinan dan hari kedua berjalan seperti biasa ke rumah pak imam masjid.menjadi kebiasaan apabila pegibaraan tak perlu makan di rumah..heheehe..namun tahun ni tak dapat ikut marhaban bujang sampai habis.

Budak-budak Baraan Bujang

Sebabnya baru masuk rumah ke-3 hari kedua kawan dah sibuk call nak datang rumah dan dia orang ajak beraya.mula-mula ke rumah membekatpt tengah tak ada rumah.sebelumnkpegi call tak angkat kami terjah jer rupanya dia tak de.lepas tu ke rumah kawan ktpt masjid ada lah sedikit jamuan sbb rumahnya pun baru lepas naik baraan.bual punya bual sampai ler tertimbul seorang drp rakan kami nak ke bandar tengok wayang.ha memang tak pernah raya-raya pegi tengok wayang kira sejarah dalam diri ini..hehee.hajatnya seorang membe tu nak tengol cite R.I.P.D tp cite tu tak de kt MBO BP Mall cite tu tayang kt MBO Square One dah berbelah bagi sampai de yg dh cancel beli pop corn last2 beli lagi.


The Conjuring



Ragam kami beraya dan menunggu masuk panggung

Apa pun cite The Conjuring not bad ar seram juga sampai de mencampakkan pop corn kt orang lain  nasib tak habis semuanya berterabur..hehehehee

Malam tu pulak pergi beraya rumah sedara bersama nenek dan keluarga sepupu kt Pt Hj Anuar.sempat pegi dua buah rumah jer.sampai sana dapat makan nasi dan asam pedas..heheehe.sebelum pegi snap gambar dulu..

Serba hijau ikut tema rumah.ada nampak jiwa kebapaan tak??hehe

Raya ke empat duduk rumah sebab memang tak de pelan nk ke mana lagi pun haritu rumah pun naik baraan orang perempuan.petang tu tiba-tiba ada dua buah kereta masuk ku ingatkan sedara jauh datang rupanya membe 1 sekolahadatang.tapi memang hari tu ramai juga armembe sekolah datang sampai ke maghrib.apa pun syukur dapat berjumpa dengan mereka walaupun tak sempat ke rumah mereka..hehehe..terasa pulak diri ini diingati sebab mereka semua sudi datang ke rumah aku..ceeaaahhhh

Kawan-kawan form 5 datang rumah

Selain itu,baraan kumpulan yasinan pun join juga sampai habis tahun ni.selama 3 malam dan 1 malam ke rumah ketua kampung,imam surau dan masjid sekali.

suasana baraan malam akhir.

Rasanya ini sahaja coretan yang aku ingin sharekan kepada kalian semua buat masa ni.kalau ikutkan panjang lagi hendak diceritakan tapi nanti takot ada yang Tak terbaca n jemu pulak..hehee..apa pun yang kurang daripada diri ini.selamat membaca dan mohon maaf andai ada kekurangan dalam penulisan ku ini k..SELAMAT HARI RAYA diharapkan semua bergembira di hari raya ini..sekian,Wassalam..








No comments: