Tuesday, March 6, 2012

Holiday D LaNgkaWi

Niat hendak p memang ada tapi tak rancang seawal ini hendak ke langkawi..
memang xjangka,apa pun sudah selamat pergi dan pulang..
bak kata pengarah projek (yer2 or jer) misi complete...hehee

ok mai sini ceq cite ckit pengalaman p Langkawi...
ok memang permulaan agak menguji kesabaran sbb kena tunggu orang jauh sampai n then bus dia naik rosak so lambat sampai ke Changlun..
pagi tu memang awal ar bangun seawal jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap,sebb jam 6.30 nak ready gerak..
namun biasa ar pe yg dirancang tak selalunya menjadi so kami terpaksa menunggu seorang lagi rakan sampai ke chaglun..

rancangan awal hendak gerak dari jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah pada jam 8.00 pagi namun ianya xdapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan kami terpaksa menaiki feri pada jam 9.30..
namun segalanya berjalan lancar walaupun terlewat ckit..
selpas sahaja ketibaan kami di jeti Kuah kami terus menaiki van yang kami sewa dan kemudian meneruskan destinasi kami ke motel tempat penginapan kami di Pantai Chenang..

selepas  check in kami makan tengah hari dan teruskan perjalanan untuk ke Langkawi Cable Car serta menunaikan solat Jumaat sebelum tiba ke destinasi..selesai soa Jumaat kami meneruskan perjalanan ke Lankawi Cable Car yang terletak di Gunung Mat Cincang..
pengalaman menaiki Cable Car memang sangat tidak dapat dilupakan kerana ketinggian gunung Mat Cincang itu sangat mengayatkan diri individu jika melihat ke bawah dan ketika menaiki ke kawasan gunung..
namun terdapat pandangan panorama yang menarik yang dapat kita lihat sepanjang perjalanan ke puncak gunung dan kita juga dapat melihat keindahan Langkawi dari atas kawasanj puncak gunung tersebut..

ketika menaiki gunung mat cincang


panorama indah dari atas puncak



cuaca petang itu agak tidak menyebelahi kami kerana pada petang itu cuaca mendung dan hujan..namun kami puas dan berasa bertuah dapat sampai ke kawasan puncak gunung dan menaiki jambatan tergantung yang terdapat di kawasan gunung tersebut..selepas itu kami pulang ke motel dan bersiap untuk aktiviti mandi-manda di kawsan pantai dan menaiki banana boat..pengalaman yang sangat manis dapat menaiki banana boat kerana kami dapat 2 pusingan menaiki banana boat tersebut sebelum kami di campak terjatuh dari banana boat tersebut...huhuhuhu

before basah...

ok lepas tu malam just p makan-makan jer n p shoping2 coklat perabis duit..hehehee
keesokan paginya kami bergerak untuk ke island hoping iaitu melawat Tasik Dayang Bunting yang terkenal dengan sejarahnya..kat sana sempat ar mandi manda sekali lagi..sangat fun n sempat berposing-posing sakan..heheheee



OTW ke Tasik Dayang Bunting

menarik sepanjang perjalanan keTasik Dayang Bunting


sekitar kawasan Tasik Dayang Bunting



Selepas p tasik Dayang Bunting kami gerak ke kawasan ternakan ikan dan macam-macam ikan yang terdapat di sana seperti Haruan Tasik,gamat, dan lain-lain..

ikan yang sangat keras...

Haruan Tasik

lepas p tengok ikan kami gerk ke kawasan penempatan burung-burung helang..spesis ini masih banyak didapati lagi di kawasan langkawi dan memakan daging sebagai makanan mereka...

Helang menyamr makananya


selepas tu kami ke Beras Basah pula untuk mandi-manda sekali lagi..ehehe...apa pun kat kawasan situ pantainya tidak dalam dan arus ombak tidak begitu kuat kerana terlindung di balik pulau..namun terdapat pemandangan yang menarik kerana airnya sangat cantik serta kebiruan...

Melompat lebih tinggi

kenangan kami bersama..

selpas habis jer island hoping kami menuju ke destinasi seterusnya bersiap-siap salin pakaian dan solat..kemudian kami ke Beras Terbakar shoping-shoping dan melawat kawasan beras terbakar...

Kawasan tapak Beras Terbakar..

hadapan kawasan Beras terbakar

ok ni jer yang dapat di ceritakan bt kali ni..pengalaman yang amat berharga dan manis yang dapat ku lalui sepanjang holiday di langkawi kali ni..apa pun tanpa ajakan seorang pengarah projek(bajet jer) xdpt lagi ar nk menjejakan kaki ke Langkawi...

No comments: